Soalan Lazim

Sistem Pengurusan Lesen Anjing Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Sesiapa yang menetap atau beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan memlihara anjing sahaja yang layak memohon.
1. Pemeliharaan anjing di Kediaman jenis Banglo / Teres / Kilang
  1. Sila isi permohonan lesen anjing secara online
  2. Permohonan akan diterima atau ditolak secara automatik. Sekiranya permohonan diterima, cetak bil pembayaran
  3. Buat bayaran di mana-mana kaunter DBKL
  4. Terima lencana anjing dan resit pembayaran

* Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh membuat rayuan. Rayuan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja

2. Pemeliharaan anjing di Kediaman jenis Apartmen / Town House / Bangunan Bertingkat
  1. Sila isi permohonan lesen anjing secara online. Permohonan mesti disertakan bersama Surat Kebenaran Memelihara Anjing ( Consent Letter ) daripada Joint Management Body (JMB) atau Management Corporation (MC).
  2. Permohonan akan diproses oleh Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar dalam masa 14 hari bekerja.
  3. Sekiranya permohonan diterima, cetak bil pembayaran
  4. Buat bayaran di mana-mana kaunter DBKL
  5. Terima lencana anjing dan resit pembayaran

* Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh membuat rayuan. Rayuan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja

Rujuk Manual Sistem Pengurusan Lesen Anjing disini.
1. Jenis Kediaman Banglo/Teres/Kilang
  • Keluasan kurang 300 meter persegi (3229.2 kaki persegi) – 1 ekor anjing sahaja
  • Keluasan lebih 300 meter persegi (3229.2 kaki persegi) – Tidak melebihi 2 ekor anjing

* Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh membuat rayuan. Rayuan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja

2. Jenis Kediaman Apartmen/Town House/Kondo / Bangunan Bertingkat

Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh membenarkan seekor anjing jenis kecil ( Small Dog ) dipelihara, dilindungi atau disenggara disesuatu flat.

Setiap lesen anjing bernilai RM10 sahaja dan hanya sah untuk seekor anjing selama satu tahun. Sekiranya pemilik memiliki lebih daripada seekor anjing, pemilik hendaklah membayar harga lesen bagi setiap ekor anjing yang dimiliki.
  • Kaunter Bayaran Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut
  • Semua Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan DBKL
  • Kaunter Bayaran Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL
Ya, anda boleh membuat rayuan melalui Sistem Pengurusan Lesen Anjing. Rayuan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi setiap permohonan.
Tidak. Anda TIDAK boleh memelihara anjing jenis TERLARANG seperti berikut :
  1. Pit Bull Terrier / Pit Bull / American Pit Bull / American Pit Bull Terrier / American Staffordshire Terrier / Staffordshire Bull Terrier
  2. American Bull Dog
  3. Neopolitan Mastiff
  4. Japanese Tosa
  5. Akita
  6. Dogo Argentino
  7. Fila Braziliero
Tidak. Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing melainkan jika anjing itu dilesenkan.
Tidak. Anjing hendaklah berada dibawah kawalan yang sepatutnya pada setiap masa bila mana ianya dibawa keluar dari premis.